Anak-anak Buah Pak Pis

Sembang Kuat Hari ni

Thursday, September 15, 2011

Perasaan Marah Menguasai Diri Anda??

Assalamualaikum..

Adakah anda tergolong dalam golongan yang mudah menerima kehadiran marah tanpa mengenal erti selidik??



Wednesday, September 14, 2011

Gila Bola

Assalamualaikum...

Tajuk kita hari ni adolah gilo bola..Apa maksud Gila bola ni??

Bagi aku gila bola adalah seseorang yang begitu taksub pada kecomelan bola yang begitu cute sangat-sangat. Walau macam mana di sepak diterajang dan di sondol, Bola tetap comel camtu, tapi malang bagi penyepak Bola  tersebut yang banyak terdedah pada kecederaan lutut dan sebagainya. itu bagi pendapat otak sebelah kiri aku, nampaknya otak belah kiri aku sungguh nakal.

Ok,ok gila bola ni boleh diumpamakan sebagai seseorang yang begitu meminati sukan bola sepak, orang ini amat tidak gemar kepada sukan hoki kerana penyokong sukan hoki suka rembat awek orang lain (hik hik hik)....

Malam tadi ada game Negeri Sembilan lawan Terengganu, dan keputusan berpihak kepada negeri sembilan. Aku pergi gak ke stadium walaupon aku demam, untuk makluman, aku kalo demam meme terok, siap merenggek-renggek (Lisa...lisa...abang demam lisa...lisaa...)

game malam tadi Negeri Sembilan (1) vs Terengganu (0)


Dalam penglibatan aku dalam menjadi penyokong bola sepak ni, boleh dikatakan aku mendapat kepuasan dalam menyokong. Dan yang paling bestnya, aku berkawan dengan rakan-rakan yang sama kepala sama keinginan dalam menyokong sesuatu yang sama iaitu Bola Sepak.. Tapi Serius gila gua tak minat hoki...hik hik hik...

Dalam konsep Gila bola ni, Ada yang bertanggapan bahawasanya orang tu perlu kenal sejarah bola sepak tempatan, orang tu perlu kenal nama Player, orang tu perlu kenal setiap team yang bertanding, hurmmm... dan kalau nak kesahkan di Malaysia ni ramai yang menjadi penyokong tegar gitu, tapi ianya boleh terbahagi kepada 3 jenis :


  1. Tegar Menyokong Bola Sepak Tempatan sahaja
  2. Tegar Menyokong Bola Sepak Luar Negara sahaja
  3. Tegar Menyokong Bola Sepak dalam dan luar Negara.
Dan aku sejujurnya lebih menyokong Bola sepak tempatan, tak tau la napa, mungkin sebab dah minat bola sepak tempatan kot. 



Friday, September 9, 2011

Pil De Amoraee

Assalamualaikum...

Entri kali ni adalah entri Ber-episod ye...
Gaya bahasa ala-ala maxico digunakan...

Di sebuah ladang lembu yang besar, tinggal dua beradik yang baru sahaja mula menjinakkan diri mereka dengan membela lembu dan pada hari pertama mereka bekerja, mereka melakukan kerja-kerja meraba buah dada lembu untuk mendapatkan susu lembu yang segar bugar dari ladang.

Namun setelah dua jam berlalu, salah seorang dari adik beradik itu bagun sambil memegang pinggang...

Ali honda : adeehhh.mee kasa mee kasa....argggg..
Pangkor   : uhh..kenapa kau ali honda?
Ali Honda : aku..aku..arghh...Aku sakit kepalaria (kepala) la..
Pangkor    : kepalaria kau yang mana satu?
Ali Honda : Yang kat atasila (atas) ni...
Pangkor    : Kau letak kat mana kepalaria kau tondori (tadi)?
Ali Honda : Aku selalu letak kat leher je.. tak ada pulak aku letak kat manaria-manaria (mana-mana)..
Pangkor    : adaronda-adaronda(ada-ada) saja kau ini..
Ali Honda : Ubat Pil sakit kepalaria di mana?
Pangkor    : nun...jauh di sudut dapur...
Ali Honda : ya la tapi  di manaria-manaria(mana-mana)???
Pangkor    : Pil DE AMOREE (pil di almaree)..dan Ali, tolong ambil kan Pil kuda sekali ya..
Ali honda  : Ingin apa bikin?
Pangkor    : Aku nak convert lembu ni jadi kuda jap...aku nak ke pekan..

berSambung........

Perempuan yang tak mengaku hodoh

jekejeng jeng...

Idup ni kalau tak ada perempuan cantik macam mana la gayanya erkk?. jangan tanya aku, sebab aku hanya suka menonton kecantikan, kalo nak try meme tak dapat la , sebab dompet aku banyak rama-rama.

Ok..kalo ada yang memuji korang dengan kecantikkan pada wajah korang, sure 100% korang akan jawab camni :-


  1. TQ
  2. tak ada lah
  3. ye ke? saya ikut muka mak la.
  4. Biasa jek
  5. Senyap dan Senyum
  6. Buntut saya tongek ke??
  7. Saya pakai fae "n' Ramlee.
kat atas tu jawapan natural la kan. tapi padahal, berkemungkinan, maybe dalam hati dan buntut dah kembang mangkuk mee dah. Tapi dalam aku dok menjalankan aktiviti menelaah blog orang lain aku ada terjumpa satu perenggan ayat yang auwww... senang cerita orang tu awal-awal dah bagi tau yang dia tu cun tik..kelas kau jah...

aku lain la..muka aku dah meme macam aaron aziz, dah tak boleh buat apa dah kan (kawan aku cakap)...perlu ke bagi tau orang lain yang kau cun?? hurm hurm?? dah tu kami ni tak kenal camne perempuan cantik ke apa?..Sumpah dohh...nampak bodoh..Serius...Aku bukan nak menyebok tapi aku tegur ni sebab aku sayang kau...muah muah gigitan cinta...

Apa sal aku ngompat??

Thursday, September 8, 2011

Sembang Juru Jual

Di suatu petang yang santai...

Pada satu hari di waktu Petang, Zabri yang kelaparan pergi berjalan-jalan mencari kedai tomyam. Setibanya Zabri di kedai Tomyam tersebut seorang juru jual mendatangi beliau :


Juru Jual : hai encik, selamat petang, wah mesti encik belom berkahwin kan?
Zabri      : Aku...aku belom ada duit, dan aku belom nak kawin sebab baju melayu aku hilang.
Juru Jual : Saya rasa, encik betul-betul beruntung sebab saya mendatangi encik hari ini.
Zabri      : Sebelom kau teruskan Skrip kau ni, tolong jangan panggil aku encik, aku limas la, ko panggil aku awie dah la.
Juru Jual : ermm..kalo itu hajat awie, Saya Tunaikan, Hai awie sayang, Awie sayang beruntung tau sebab ucuk mendatangi awie sayang hari ni.
Zabri      : Abah hai..!!
Juru Jual : Ala awie ni, jangan la marah, gurau je..ok ok, hari ni saya ada barang nak jual ni...
Zabri      : Jap-jap, sapa nama kau?
Juru Jual : aik..napa bang? Nama saya zack..
Zabri      : Yeah?? ermm..Zack...kau jual apa??
Juru Jual : macam-macam saya jual ni bang, untuk abang saya ada barang bagus, Haaaa..ini dia buku menjahit baju...
Zabri      : Berapa ni Zack??
Juru Jual : Muuuu aaaaa hhhh je bang..betul-betul murah..saya jual kat abang harga istimewa bang..hanya 25 inggit je bang...
Zabri     : Haaa??? Banggang kau zack..mahal la...aku jual 10 inggit je...


p/s : pusing mana tang tu jugak

Tuesday, September 6, 2011

Ombakkan Event Yang Menjengkelkan

Assalamualaikum...

Permulaan Bebelan untuk kita pada hari ini adalah : "Sepandai-pandai Nyamuk terbang, Terperangkap jugak kat  bulu kaki yang lebat "


Dulu aku tak mau amik port hal-hal event ni, apabila ramai Blogger-blogger yang berpengaruh mula membuat teguran berkenaan hal ni, tapi bila dah terlampau banyak, dan terlampau lama perkara ini terus menjadi ikutan dan aku mula rasakan ia amat menjengkelkan.

Yes, ia amat menjengkalkan. Wujudnya Ombakkan Event-event yang banyak menyebabkan aku rasa macam dah tak mampu nak join Group-group blogger. Sebab apa aku cakap lagu tu?. Apo tak eh, Login FB je dan hamik kau 20 event, 25 event, 40 event. Baru selesai men"delete event-event tu tetiba muncul lagi satu event. ehh Sial la pui pui (zizan dalam cerita kl gangster).

Bila aku pikir-pikir balik, Aku ni bukan Perdana Menteri sampai gila-gila banyak jemputan event ni. Aku "BOHSAN" dan rasa amat menjengkelkan la. korang tau tak macam mana rasa menjengkelkan?? cam ni rasa dia : 



menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan    


amacam?? dapat tak korang rasa perasaan menjengkalkan tu??. Harap-harap penyampaian aku kat entri ni mampu mendidik para-para blogger yang kerap kali salah guna kemudahan EVENT dan secara tidak langsung mengelakkan anda di gelar bahhalol dan bahhangang..Maaf saya emosi..8 bulan tertekan, kalo masuk 9 bulan asyik camni akan lahirlah angry bird. 

ok lah, By the way ermm..By the way is bye bye

Saturday, September 3, 2011

Monung Yo La...

Assalamualaikum dan salam Berhari raya...

Ayat pendahuluan untuk kita Hari ini adalah :-

 "Orang tak Pose tak rasa Syoknya raya" 


Apakhabar korang Punya raya?? Sihat??, Aku punya raya ok wow, Tahun ni Semua adik beradik aku ada, siap dengan akak ipar, abang ipar, anak bebuah aku semua ada, Bukan main syoknya Raya Mak Bapak aku, Aku pong tumpang Gumbira..

Yang aku perasan tahun ni adalah, Lagu raya kureng, lagu raya yang baru-baru pong kureng, hermmm..biak pi la sama depa. Aku ngah tergagap-gagap menaip ni sebab tapak tangan belah kanan ni gatai..

Aku baru perasan perubahan yang telah berlaku kepada diri  aku ni, dan ianya adalah :-

  • Aku pendiam gile dah skang ni huhuh, dah macam Aaron Aziz la uhuhu malu sangat-sangat taw. Macam mana la leh jadi pendiam ni, aku pong tak tau derr..
  • Perot Kembang semangkuk. Tapi bila aku pikir-pikir balik, mana ada aku telan mangkuk. Nak gak scan perot aku ni macam mana boleh kembang, apa yang ada dalam perot aku ni, Aku Hamil ke?
  • Aku tolak pelawaan Kawan baik aku, dia ajak hang out dan berjalan raya dengan geng-geng aku yang lain, Padahal taun lepas dan tahun-tahun sebelom ni aku On je..
  • Raya Tahun ni aku tak Shopping, Setakat beli semua sehelai sahaja.
  • Aku dah tak nak berharap dekat Fazura dah, sebab Fazura tak berharap kat aku pon huh!!!
Sepanjang aku mendiamkan diri dalam Arena Blog ni, aku telah banyak berubah sebenarnya, dan aku berbangga dengan perubahan mendadak ni. Aku berubah dari :-

  • Dari Pemalas Ke Rajin
  • Dari asyik kalah main game FIFA 2010 ke Asyik Menang main game FIFA 2010.
  • Dari Kuat Melepak kat Kedai mamak ke Lepak kat CC main game.
  • dan yang paling ketara sekali adalah
  • Dari Suka kat Fazura ke Suka kat Liyana Jasmay(Selamat Tinggal Fazura..huh!!).
napa pulak muka liyana macam marah kat aku???

untuk pengetahuan Umum, aku ni Penyokong Bola sepak, dan oleh kerana Perlawanan Bola sepak sedang bercuti, aku jadi ketagih nak tengok bola, Tapi tak ado, aku mengambil tindakan untuk main game je la, Aku memang gilo main game Bola. Bola bola bola, cuba tengok aku sepak bola, Suku padang pong tak lepas.

Lepas raya ni, aku akan bermain-main di kawasan Kuala Lumpur, pastu aku terus ke negeri belah-belah utara, jadi sesiapa yang ada kat Belah utara leh la kita berjumpa-jumpaan yerr, kalo sudi la, takkan la korang tak nak jumpa orang yang seakan-akan Aaron Azizi, Rosyam Nor dan Brad pitt ni kan 3 in 1 tau, Susah nak jumpa.. Rugi tau..

p/s: aku start balik aktif berblogging, jadi dengarlah rintihan carutan daku ini, kerna tak ada siapa yang sanggup mendengarnya, korang la yang selalu menjadi mangsanya uhuhuhu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...