Anak-anak Buah Pak Pis

Sembang Kuat Hari ni

Monday, October 24, 2011

Apa Salah Kami Wahai F.A.M ???

Assalamualaikum dan salam 1Padang...

 Perlawanan Akhir PIALA MALAYSIA diantara Terengganu dan Negeri Sembilan bakal membuatkan PENYOKONG-PENYOKONG bola sepak tempatan makin Marah, Pening dan Sakit hati dengan F.A.M. Hanya kerna dua perkara iaitu PADANG Bola sepak bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan HARGO tiket yang naik Meng'GAMPANG' .

 Stadium Shah Alam yang mengalami masalah Padang yang terbukti berbukit bukau, berbonjol-bonjol bakal menjadi Medan pertarungan di antara Pasukan Bola Sepak Terengganu dan juga Negeri Sembilan dan Harga tiket yang dikenakan bagi perlawanan Bola Sepak terulung ini adalah RM 50.00 seorang.

 Tidakkah terdetik di hati Pihak pengurusan bahawa RM50.00 adalah melampaui kemampuan seseorang yang bergelar PENYOKONG TEGAR BOLA SEPAK TEMPATAN??. Kami ini adalah rakyat MALAYSIA, dan kami mahu menonton dan menyokong pasukan Bola sepak TEMPATAN kami.

 Apa salah kami sehingga dicekik sebegini, kami tidak Untung apa-apa, walau sedikit pon, Ganjaran kami adalah Jika Pasukan Bola sepak kami Menang kami bersorak gembira, jika pasukan Bola sepak kami kalah kami berduka dan terpaksa menempuh hari-hari duka kami, kami tidak meminta wang kami dikembalikan pun, Jadi Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa. Kami ini adalah PENYOKONG TEGAR BOLA SEPAK TEMPATAN. Dan Hanya kami jugalah yang mempu memeriahkan suasana Bola Sepak Tempatan. Haruskah kami di Tekan Sebegini rupa?

  Sudah lah Baru kini terfikir mahu membaik Pulih Stadium Shah Alam, mengapa sebelom ini tidak diuruskan dengan segera??

 Yang Pastinya perlawanan Akhir Bola Sepak PIALA MALAYSIA kali ini tercalar. Dan kita akal menyaksikan Pemain bola sepak menyepak bongol-bongol di atas padang dan bukannya Bola dan Bagaimana Pula Kami Penyokong Bola Sepak Tempatan yang membeli tiket dengan kadar yang tinggi ??? Berbaloi kah Kami??


**Pengadil sila Bagi Kad Merah dekat Bonggol kat atas Padang tu, kerana menyebabkan pemain-pemain semua tersadung kakinya....


Kecewa sial....

2 comments:

sufie said...

gluppp! RM50. boleh buat makan seminggu kat cafe ni. kalau padang cantik tahap gaban takpe la juga. alahai! sedih sangat~ ~ ~

Unknown said...

wuahaha.. trbaiklah pak pis. luahan dr pmnt bola tegar ngara nihhh ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...