Anak-anak Buah Pak Pis

Sembang Kuat Hari ni

Monday, October 24, 2011

Apa Salah Kami Wahai F.A.M ???

Assalamualaikum dan salam 1Padang...

 Perlawanan Akhir PIALA MALAYSIA diantara Terengganu dan Negeri Sembilan bakal membuatkan PENYOKONG-PENYOKONG bola sepak tempatan makin Marah, Pening dan Sakit hati dengan F.A.M. Hanya kerna dua perkara iaitu PADANG Bola sepak bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan HARGO tiket yang naik Meng'GAMPANG' .

 Stadium Shah Alam yang mengalami masalah Padang yang terbukti berbukit bukau, berbonjol-bonjol bakal menjadi Medan pertarungan di antara Pasukan Bola Sepak Terengganu dan juga Negeri Sembilan dan Harga tiket yang dikenakan bagi perlawanan Bola Sepak terulung ini adalah RM 50.00 seorang.

 Tidakkah terdetik di hati Pihak pengurusan bahawa RM50.00 adalah melampaui kemampuan seseorang yang bergelar PENYOKONG TEGAR BOLA SEPAK TEMPATAN??. Kami ini adalah rakyat MALAYSIA, dan kami mahu menonton dan menyokong pasukan Bola sepak TEMPATAN kami.

 Apa salah kami sehingga dicekik sebegini, kami tidak Untung apa-apa, walau sedikit pon, Ganjaran kami adalah Jika Pasukan Bola sepak kami Menang kami bersorak gembira, jika pasukan Bola sepak kami kalah kami berduka dan terpaksa menempuh hari-hari duka kami, kami tidak meminta wang kami dikembalikan pun, Jadi Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa. Kami ini adalah PENYOKONG TEGAR BOLA SEPAK TEMPATAN. Dan Hanya kami jugalah yang mempu memeriahkan suasana Bola Sepak Tempatan. Haruskah kami di Tekan Sebegini rupa?

  Sudah lah Baru kini terfikir mahu membaik Pulih Stadium Shah Alam, mengapa sebelom ini tidak diuruskan dengan segera??

 Yang Pastinya perlawanan Akhir Bola Sepak PIALA MALAYSIA kali ini tercalar. Dan kita akal menyaksikan Pemain bola sepak menyepak bongol-bongol di atas padang dan bukannya Bola dan Bagaimana Pula Kami Penyokong Bola Sepak Tempatan yang membeli tiket dengan kadar yang tinggi ??? Berbaloi kah Kami??


**Pengadil sila Bagi Kad Merah dekat Bonggol kat atas Padang tu, kerana menyebabkan pemain-pemain semua tersadung kakinya....


Kecewa sial....

Wednesday, October 12, 2011

Menangis Kerna Wanita, Berbaloi kah Anda?

Assalamualaikum...

Sekang aku dalam  kenderaan menuju Site kat Bentong, baru lepas Genting...bosan tengok genting dah sekarang ni, lagi syok tengok awek kat kedai mamam kat temerloh tu...cantik awek tu. Aku sempat gak tanya nama dia Semalam wakakaka....

ok berbalik pada tajuk kita iaitu "Menangis Kerna Wanita, Berbaloi kah Anda?". Persoalannya adalah.. Berbaloi Kah??...

Lelaki ni kan ego, garang, dan suka caver2, jadi meme payah la nak tengok lelaki menangis tengok cerita Hindustan ke cerita ultraman yang sedang cedera di gigit gergasi..Tapi ada juga lelaki yang meleleh kerna aweknya atau wanita yang dicintai. hermmm...

 Ramai yang cakap lelaki kalo nangis ni huduh sungguh, memang la huduh sebab misai pon ikut cembeng. Tak dapek den nak membayangkan do.

Aku tak retiu nak ejek atau nak drop kaum lelaki yang menangis kerna pasangan mereka, sebab tu aku tanya berbaloi ke tidak..aku tinggalkan persoalan ini untuk korang....

Tuesday, October 11, 2011

Kembali Menaip Sesuatu yang Payah

Assalamualaikum dan salam sejahtera para Blogger...

Aku dah tak mengerti kenapa aku tinggalkan Blog aku bersawang macam ni, Mungkin sebab kesibukan yang tak berapa sangat sibuknya, Cuma malas sebab Line tak ado la...

Kerja aku sekarang ni lebih kepada meronda-ronda satu Malaysia, dari satu site ke satu site mengambil masa yang bapak lama, tapi bila sampai site lebih kurang 3 jam keje pon settel...Best tak? huhu

Apa-apa pon aku akan kembali mencarut dan menelaah blog-blog kawan-kawan yang lain..dah lamo raso err tak dengar kekecohan para-para sakura Bloggeria ni kan...Jadi mari mencarut Bersama ku...Kita harumkan kentot yang busuk menjadi pewangi lubang hidung dan lubang telinge kite...k bye..aku nak sambung kije ni..nanti kite borang pasal kerje baru aku ni..meme syok abeh doh..

Thursday, September 15, 2011

Perasaan Marah Menguasai Diri Anda??

Assalamualaikum..

Adakah anda tergolong dalam golongan yang mudah menerima kehadiran marah tanpa mengenal erti selidik??



Wednesday, September 14, 2011

Gila Bola

Assalamualaikum...

Tajuk kita hari ni adolah gilo bola..Apa maksud Gila bola ni??

Bagi aku gila bola adalah seseorang yang begitu taksub pada kecomelan bola yang begitu cute sangat-sangat. Walau macam mana di sepak diterajang dan di sondol, Bola tetap comel camtu, tapi malang bagi penyepak Bola  tersebut yang banyak terdedah pada kecederaan lutut dan sebagainya. itu bagi pendapat otak sebelah kiri aku, nampaknya otak belah kiri aku sungguh nakal.

Ok,ok gila bola ni boleh diumpamakan sebagai seseorang yang begitu meminati sukan bola sepak, orang ini amat tidak gemar kepada sukan hoki kerana penyokong sukan hoki suka rembat awek orang lain (hik hik hik)....

Malam tadi ada game Negeri Sembilan lawan Terengganu, dan keputusan berpihak kepada negeri sembilan. Aku pergi gak ke stadium walaupon aku demam, untuk makluman, aku kalo demam meme terok, siap merenggek-renggek (Lisa...lisa...abang demam lisa...lisaa...)

game malam tadi Negeri Sembilan (1) vs Terengganu (0)


Dalam penglibatan aku dalam menjadi penyokong bola sepak ni, boleh dikatakan aku mendapat kepuasan dalam menyokong. Dan yang paling bestnya, aku berkawan dengan rakan-rakan yang sama kepala sama keinginan dalam menyokong sesuatu yang sama iaitu Bola Sepak.. Tapi Serius gila gua tak minat hoki...hik hik hik...

Dalam konsep Gila bola ni, Ada yang bertanggapan bahawasanya orang tu perlu kenal sejarah bola sepak tempatan, orang tu perlu kenal nama Player, orang tu perlu kenal setiap team yang bertanding, hurmmm... dan kalau nak kesahkan di Malaysia ni ramai yang menjadi penyokong tegar gitu, tapi ianya boleh terbahagi kepada 3 jenis :


  1. Tegar Menyokong Bola Sepak Tempatan sahaja
  2. Tegar Menyokong Bola Sepak Luar Negara sahaja
  3. Tegar Menyokong Bola Sepak dalam dan luar Negara.
Dan aku sejujurnya lebih menyokong Bola sepak tempatan, tak tau la napa, mungkin sebab dah minat bola sepak tempatan kot. 



Friday, September 9, 2011

Pil De Amoraee

Assalamualaikum...

Entri kali ni adalah entri Ber-episod ye...
Gaya bahasa ala-ala maxico digunakan...

Di sebuah ladang lembu yang besar, tinggal dua beradik yang baru sahaja mula menjinakkan diri mereka dengan membela lembu dan pada hari pertama mereka bekerja, mereka melakukan kerja-kerja meraba buah dada lembu untuk mendapatkan susu lembu yang segar bugar dari ladang.

Namun setelah dua jam berlalu, salah seorang dari adik beradik itu bagun sambil memegang pinggang...

Ali honda : adeehhh.mee kasa mee kasa....argggg..
Pangkor   : uhh..kenapa kau ali honda?
Ali Honda : aku..aku..arghh...Aku sakit kepalaria (kepala) la..
Pangkor    : kepalaria kau yang mana satu?
Ali Honda : Yang kat atasila (atas) ni...
Pangkor    : Kau letak kat mana kepalaria kau tondori (tadi)?
Ali Honda : Aku selalu letak kat leher je.. tak ada pulak aku letak kat manaria-manaria (mana-mana)..
Pangkor    : adaronda-adaronda(ada-ada) saja kau ini..
Ali Honda : Ubat Pil sakit kepalaria di mana?
Pangkor    : nun...jauh di sudut dapur...
Ali Honda : ya la tapi  di manaria-manaria(mana-mana)???
Pangkor    : Pil DE AMOREE (pil di almaree)..dan Ali, tolong ambil kan Pil kuda sekali ya..
Ali honda  : Ingin apa bikin?
Pangkor    : Aku nak convert lembu ni jadi kuda jap...aku nak ke pekan..

berSambung........

Perempuan yang tak mengaku hodoh

jekejeng jeng...

Idup ni kalau tak ada perempuan cantik macam mana la gayanya erkk?. jangan tanya aku, sebab aku hanya suka menonton kecantikan, kalo nak try meme tak dapat la , sebab dompet aku banyak rama-rama.

Ok..kalo ada yang memuji korang dengan kecantikkan pada wajah korang, sure 100% korang akan jawab camni :-


  1. TQ
  2. tak ada lah
  3. ye ke? saya ikut muka mak la.
  4. Biasa jek
  5. Senyap dan Senyum
  6. Buntut saya tongek ke??
  7. Saya pakai fae "n' Ramlee.
kat atas tu jawapan natural la kan. tapi padahal, berkemungkinan, maybe dalam hati dan buntut dah kembang mangkuk mee dah. Tapi dalam aku dok menjalankan aktiviti menelaah blog orang lain aku ada terjumpa satu perenggan ayat yang auwww... senang cerita orang tu awal-awal dah bagi tau yang dia tu cun tik..kelas kau jah...

aku lain la..muka aku dah meme macam aaron aziz, dah tak boleh buat apa dah kan (kawan aku cakap)...perlu ke bagi tau orang lain yang kau cun?? hurm hurm?? dah tu kami ni tak kenal camne perempuan cantik ke apa?..Sumpah dohh...nampak bodoh..Serius...Aku bukan nak menyebok tapi aku tegur ni sebab aku sayang kau...muah muah gigitan cinta...

Apa sal aku ngompat??

Thursday, September 8, 2011

Sembang Juru Jual

Di suatu petang yang santai...

Pada satu hari di waktu Petang, Zabri yang kelaparan pergi berjalan-jalan mencari kedai tomyam. Setibanya Zabri di kedai Tomyam tersebut seorang juru jual mendatangi beliau :


Juru Jual : hai encik, selamat petang, wah mesti encik belom berkahwin kan?
Zabri      : Aku...aku belom ada duit, dan aku belom nak kawin sebab baju melayu aku hilang.
Juru Jual : Saya rasa, encik betul-betul beruntung sebab saya mendatangi encik hari ini.
Zabri      : Sebelom kau teruskan Skrip kau ni, tolong jangan panggil aku encik, aku limas la, ko panggil aku awie dah la.
Juru Jual : ermm..kalo itu hajat awie, Saya Tunaikan, Hai awie sayang, Awie sayang beruntung tau sebab ucuk mendatangi awie sayang hari ni.
Zabri      : Abah hai..!!
Juru Jual : Ala awie ni, jangan la marah, gurau je..ok ok, hari ni saya ada barang nak jual ni...
Zabri      : Jap-jap, sapa nama kau?
Juru Jual : aik..napa bang? Nama saya zack..
Zabri      : Yeah?? ermm..Zack...kau jual apa??
Juru Jual : macam-macam saya jual ni bang, untuk abang saya ada barang bagus, Haaaa..ini dia buku menjahit baju...
Zabri      : Berapa ni Zack??
Juru Jual : Muuuu aaaaa hhhh je bang..betul-betul murah..saya jual kat abang harga istimewa bang..hanya 25 inggit je bang...
Zabri     : Haaa??? Banggang kau zack..mahal la...aku jual 10 inggit je...


p/s : pusing mana tang tu jugak

Tuesday, September 6, 2011

Ombakkan Event Yang Menjengkelkan

Assalamualaikum...

Permulaan Bebelan untuk kita pada hari ini adalah : "Sepandai-pandai Nyamuk terbang, Terperangkap jugak kat  bulu kaki yang lebat "


Dulu aku tak mau amik port hal-hal event ni, apabila ramai Blogger-blogger yang berpengaruh mula membuat teguran berkenaan hal ni, tapi bila dah terlampau banyak, dan terlampau lama perkara ini terus menjadi ikutan dan aku mula rasakan ia amat menjengkelkan.

Yes, ia amat menjengkalkan. Wujudnya Ombakkan Event-event yang banyak menyebabkan aku rasa macam dah tak mampu nak join Group-group blogger. Sebab apa aku cakap lagu tu?. Apo tak eh, Login FB je dan hamik kau 20 event, 25 event, 40 event. Baru selesai men"delete event-event tu tetiba muncul lagi satu event. ehh Sial la pui pui (zizan dalam cerita kl gangster).

Bila aku pikir-pikir balik, Aku ni bukan Perdana Menteri sampai gila-gila banyak jemputan event ni. Aku "BOHSAN" dan rasa amat menjengkelkan la. korang tau tak macam mana rasa menjengkelkan?? cam ni rasa dia : 



menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  
menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan  menjengkelkan    


amacam?? dapat tak korang rasa perasaan menjengkalkan tu??. Harap-harap penyampaian aku kat entri ni mampu mendidik para-para blogger yang kerap kali salah guna kemudahan EVENT dan secara tidak langsung mengelakkan anda di gelar bahhalol dan bahhangang..Maaf saya emosi..8 bulan tertekan, kalo masuk 9 bulan asyik camni akan lahirlah angry bird. 

ok lah, By the way ermm..By the way is bye bye

Saturday, September 3, 2011

Monung Yo La...

Assalamualaikum dan salam Berhari raya...

Ayat pendahuluan untuk kita Hari ini adalah :-

 "Orang tak Pose tak rasa Syoknya raya" 


Apakhabar korang Punya raya?? Sihat??, Aku punya raya ok wow, Tahun ni Semua adik beradik aku ada, siap dengan akak ipar, abang ipar, anak bebuah aku semua ada, Bukan main syoknya Raya Mak Bapak aku, Aku pong tumpang Gumbira..

Yang aku perasan tahun ni adalah, Lagu raya kureng, lagu raya yang baru-baru pong kureng, hermmm..biak pi la sama depa. Aku ngah tergagap-gagap menaip ni sebab tapak tangan belah kanan ni gatai..

Aku baru perasan perubahan yang telah berlaku kepada diri  aku ni, dan ianya adalah :-

  • Aku pendiam gile dah skang ni huhuh, dah macam Aaron Aziz la uhuhu malu sangat-sangat taw. Macam mana la leh jadi pendiam ni, aku pong tak tau derr..
  • Perot Kembang semangkuk. Tapi bila aku pikir-pikir balik, mana ada aku telan mangkuk. Nak gak scan perot aku ni macam mana boleh kembang, apa yang ada dalam perot aku ni, Aku Hamil ke?
  • Aku tolak pelawaan Kawan baik aku, dia ajak hang out dan berjalan raya dengan geng-geng aku yang lain, Padahal taun lepas dan tahun-tahun sebelom ni aku On je..
  • Raya Tahun ni aku tak Shopping, Setakat beli semua sehelai sahaja.
  • Aku dah tak nak berharap dekat Fazura dah, sebab Fazura tak berharap kat aku pon huh!!!
Sepanjang aku mendiamkan diri dalam Arena Blog ni, aku telah banyak berubah sebenarnya, dan aku berbangga dengan perubahan mendadak ni. Aku berubah dari :-

  • Dari Pemalas Ke Rajin
  • Dari asyik kalah main game FIFA 2010 ke Asyik Menang main game FIFA 2010.
  • Dari Kuat Melepak kat Kedai mamak ke Lepak kat CC main game.
  • dan yang paling ketara sekali adalah
  • Dari Suka kat Fazura ke Suka kat Liyana Jasmay(Selamat Tinggal Fazura..huh!!).
napa pulak muka liyana macam marah kat aku???

untuk pengetahuan Umum, aku ni Penyokong Bola sepak, dan oleh kerana Perlawanan Bola sepak sedang bercuti, aku jadi ketagih nak tengok bola, Tapi tak ado, aku mengambil tindakan untuk main game je la, Aku memang gilo main game Bola. Bola bola bola, cuba tengok aku sepak bola, Suku padang pong tak lepas.

Lepas raya ni, aku akan bermain-main di kawasan Kuala Lumpur, pastu aku terus ke negeri belah-belah utara, jadi sesiapa yang ada kat Belah utara leh la kita berjumpa-jumpaan yerr, kalo sudi la, takkan la korang tak nak jumpa orang yang seakan-akan Aaron Azizi, Rosyam Nor dan Brad pitt ni kan 3 in 1 tau, Susah nak jumpa.. Rugi tau..

p/s: aku start balik aktif berblogging, jadi dengarlah rintihan carutan daku ini, kerna tak ada siapa yang sanggup mendengarnya, korang la yang selalu menjadi mangsanya uhuhuhu....

Saturday, August 27, 2011

Baaa cakkk...

Assalamualaikum dan salam dari perantauan...

Waaaa...aku dah merantau ke negeri orang lorghh...lepas je raya ni bermula la episod aku sebagai anak perantau. Macam best je bunyinya kan, leh pasang lagu raya bila nak balik raya nanti kan kan kan.

Orang cakap Hujan emas di Negeri orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, betul la kot pepatah tu, Untuk mengubah nasib aku dan nasib bakal anak cucu cicit aku, Aku sanggup berkorban demi mereka, Uishh emosi la kalo cerita bab bakal keturunan ni kan, K stop cita.

Agak-agak dah berapa lama aku tak Update Blog aku ni, eleee..bukan ada orang kesah Pon kan kan, Biak pi la, asal kan abang Happy muah muah...

Tujuan aku update Blog aku arini adalah untuk merepek dengan anda-anda semua, dan aku rasa dah ada yang dah perasaan yang blog aku kali ni takkan ada sesuatu yang serius, hanyalah sesuatu yang boleh di panggil borak-borak bersama rakan-rakan. Jadi harap maklum la kalo ada perkataan dan ayat-ayat yang sempoi dan biasa kita dengar time kita melepak dan berborak kosong dengan kawan-kawan kita.

Aku sebenarnya happy sangat sebab dah dapat Kojo yang mampu membuatkan aku kahwin taun depan, haaa...kejapkan??? hehehe, Syukur aku Pada Allah yang mendengar Tangisan aku dan masih memberi peluang rezeki pada aku walaupon aku sering kali lupa dan malas mengerjakan suruhaNya.

Tapi setiap orang kat dunia ni boleh berubah, aku pon dah Berubah sekarang. Aku ada satu Tips YANG paling mujarab bagi korang yang nakkan perubahan dalam Hidup korang, aku dah cuba dan aku menyesal sebab dari dulu aku jarang buat bende ni, Tapi bila aku dah start lakukan tips ni, Hati aku terus berubah dan hari-hari aku sekarang makin best...Korang nak tau apa Tips yang aku selalu amalkan tu???....betul nak tau ni??...ye la ni....ok ok aku bagi tau..Tips yang aku selalu amalkan adalah....


SEMBAHYANG 5 WAKTU

Tapi korang kene ingat, Sembahyang tu amat lah penting, Srius aku cakap, Kalo korang sembahyang dengan Rela dan fokus, Korang akan start berubah dari Nakal ke Baik, Dari hidup kucar kacir ke Hidup yang lebih teratur. Dan ini semua terjadi di Atas keizinan Allah yang Maha Kuasa.

Hidup aku sekarang ni lebih santai, lebih teratur.


Wednesday, August 17, 2011

Termenung Jauh , Tembus Dinding.

Assalamualaikum...

Termenung merupakan salah satu aktiviti manusia yang tidak mengira waktu susah atau senang, Namun kegiatan termenung seringkali terjadi apabila menunggu sisa-sisa makanan keluar dari tubuh kita melalui sistem pencernaan sambil mengeluarkan bunyi pessstttt.

Kalau nak diikutkan, aku meme banyak kali termenung jauh ni, sampaikan aku sendiri memilih lokasi untuk termenung. Pentingnya termenung ni adalah kerana kita mula membicarakan atau mempersoalkan Kesilapan dan permasalahan yang telah kita lalui , lepas tu kita akan memikirkan jalan penyelesaian dan apabila termenung ni aku selalu fikirkan apa yang bakal terjadi kepada aku jika aku masih di tahap macam sekarang, jawabnya menu utama bini dan anak aku bila aku dah ada keluarga sendiri nanti adalah nasir pasir cicah sambal lumpur .

Selepas Sahur semalam, aku dah terfikir nak pergi ke Pekan Port Dickson untuk mengambil KAD pengenalan aku yang dah sebulan siap, Aku saja kasi kad pengenalan aku bertapa lama sikit sebab aku tengok pegawai kat situ lawa-lawa.



Aku dah lama tinggalkan Port Dickson semenjak aku habis belajar dulu, sejak tahun 2007. Jadi bila aku nampak laut mula la kenangan zaman nakal dulu timbul bak meggi kari yang dah kembang sambil terapung-rapung di dalam periuk. Selesai aku ambil kad pengenalan aku, aku pun mulala bertindak seperti Awie dalam cerita tragedi Oktober iaitu termenung sambil diiringi Musik.. Lama gak aku melepet kat depan laut tadi, saja nak kasi kepala ni ringan sikit.

Namun Aku gagal untuk termenung dan aku gagal menjiwai watak awie dalam cerita tragedi Oktober diwaktu Awie Termenung kerana bulan ni baru bulan Lapan kan kalo bulan Oktober mungkin boleh kot. Jadi aku tekan Play song didalam Hadset aku dan lagu itu adalah Lagu keroncong untuk siapa untuk aku la. Apabila itu terjadi aku mula memikirkan Masalah yang lain, Aku terbayangkan Zaman-zaman Hang Tuah dan Zaman Portugis di Tanah Melayu dulu.

Akibat Dari itu, aku terus buntu dan buntu dan terus kebuntuan. Jadi aku mula membuat perangai dengan mengambil gambar sendirian dan berperangai seperti Gegurl yang kesunyian muah muah..






Aku dah Make up Picture ni kasi lebih menawan, hasilnya aku seakan-akan rosyam nor.


Jadi apa yang aku cuba terangkan adalah, kita sebagai manusia harus la merenung sejauh-jauhnya dan menetapkan sesuatu matlamat dalam hidup kita, bagi mengelakkan kesesatan yang terlampau, Jika kita sedih kerana kerap kali dilanda dugaan, cuba la untuk merenung kembali mengapa kita di beri dugaan, Dugaan itu penting buat kita bagi memperingatkan tentang kebaikan dan kesilapan kita.

Sunday, August 14, 2011

Keroncong Untuk Siapa?? Untuk Aku La..

Assalamualaikum...

Keroncong, herm apa maksud keroncong ni agaknya??. Aku mati-mati ingat keroncong ni adalah adalah sejenis tindakan gegurl sekarang ni yang duk tangkap gambar lalu menonongkan bibir mereka seumpama sedang mencium dan mengesan bau kentut dari sang teruna sebagai salah satu teknik untuk mencari pasangan hidup. Dan aku juga bertanggapan yang perkataan keroncong ini hanya untuk perot yang keroncong akibat tak bersahur lalu memnbuka puasa didalam Tandas. dan aku juga kerap kali tersalah sebut perkataan keroncong ni seperti : Ketolong, kepong-pong, kelentong,ke-pocong dan keTuntung.

Aku nak cerita pasal Musik :-
Keroncong ni adalah sejenis musik yang berasal dari Portugis yang telah diperkenalkan oleh para pelaut dan budak-budak kapal Niaga Portugis ni Sejak abad ke-16 lagi. Mau cerita lebeh?? Sila klik >>link<<.

Semenjak Ana Raffali meluahkan kata-kata cintanya kat aku aritu (aku tipu), aku pon mula la mencari lagu-lagu yang ada nama Ana sebagai tanda aku ni adalah seorang gentel-gentel men . Dan carian yang paling shahdu yang aku dapat adalah lagu Pak cik M. Nasir...haaa..lagu Keroncong untuk ana.

Meme terbaik amat lagu Kepong-pong untuk ana ni dari Pak cik M.Nasir, boleh aku katakan yang Musik-musik dia tu seumpama Nyanyian suara HATI JIWA RAGA kain batik mahal tak??. Ok aku dah melalut. Sila layan Video youtube di bawah :-


Friday, August 12, 2011

Aah..sudah...Habisla..

Assalamualaikum...

Aku ada benda nak cakap ni..

Siang tadi aku pergi CC. Bila dah masuk CC ni mula aktiviti :-


  • Log In FaceBook
  • Tengok Katoon
  • Youtube.
  • Blog
  • Main game fifa 2010
Masalah aku adalah. Aku terlupa yang aku dah Log out ke belom akaun facebook aku tu. Damn,,. Bila aku nak log in balik dah tak dapat.

aku sedang kecemasan ni. Jadi, pada sesiapa yang jadi member pada Akaun Facebook aku yang beralamat  di www.facebook.com/PakPis SILA rilek dahulu berhubung dengan aku ok. Sehinggalah aku buat penguguman yang Akaun facebook tu aku ikhtiraf  selamat.

Thursday, August 11, 2011

Masalah Anda Duit Bagi Saya

Assalamualaikum...

Apa Khabar Rakyat-rakyat yang rajin membaca??. Yee aku gelarkan anda rakyat yang rajin membaca, Aku cerita pasal Taik pun korang baca, itu suatu respon yang bagus bagi aku.

Hari ni aku gagal nak melawat kesemua rakan-rakan Blogger yang lain sebab aku ketandusan waktu. Ada urusan kerja di tengah-tengah malam buta ni. Ha??

Ada yang tak tau ada yang dah tau, aku ni seorang lepasan Pelajar Politeknik Port dickson, ambil bidang kejuruteraan elektrik, Malang tidak berbau, aku gagal dapat kerja. Jadi aku dari dulu maksudnya dari tahun 2006 sampai sekarang buat kerja letrik. Dapat la bayar tu bayar ni, beli rokok topup dan jumpa awek BSN.

Dulu aku giat menjadi salah seorang Kontrektor Wiring ni, tapi di sebabkan ada masalah Penipuan yang amat besar di kalangan pelanggan aku, jadi aku Stopkan aja. Aku hanya tunggu on call je dari pelanggan kecil aku. Maksudnya kalau rumah diorang ada masalah bekalan letrik aku kasi repair la. lagi-lagi kalau rumah makcik tu ada anak dara yang kerja bank, bukan main cepat la aku datang.

Manusia kat Malaysia ni ada 2 shift cara kehidupan diorang. Ada yang tidur masa malam sahaja dan ada yang tidur waktu siang sahaja. Aku sekrang ni dalam jadual tidur siang malam berjaga, Sebab time malam-malam buta ni banyak gila rumah ada Problem lampu tak menyala.

Bagi anda, itu adalah masalah yang paling tak best sebab anda akan meraba dan meraban sebab tak nampak apa-apa, anak-anak muda cukup gemarkan Masalah ini lagi-lagi didalam PUNGGUNG wayang, mereka akan mula memeriksa seluruh tubuh badan awek mereka untuk memastikan kesemua bahagian tubuh badan masih kekal melekat ditubuh badan awek mereka.mungkin mereka mengambil jurusan kedoktoran.

Tapi bagi aku itu adalah duit bagi aku, sebab bila aku baik pulihkannya korang akan keluarkan wang ringgit yang bersesuaian dengan masalah anda tu.

Bukan aku sahaja yang rasa seronok bila anda ada masalah, malahan kalau dinding rumah retak ke, atap rumah bocor ke itu juga menjadi punca rezeki bagi pakar tukang yang lain.

Apa yang aku nak bagitahu dekat sini, Dunia ini begitu seimbang, Betul tak? andai kat kat dunia ni semua orang tak duduk rumah, semua pakai kemah je, jadi usahawan benaan akan pupus ditelan kemah. Aku kasi lagi contoh, kalau semua orang pandai bersalin sendirian, jadi tak ado la doktor sakit Puan dan cik.

Nampak tak contoh yang aku bagi tu?? tak nampak kan? sebab apa korang tak nampak contoh-contoh yang aku bagi tu?? Sebab aku dah lambat nak pergi repair lampu rumah orang. k BYE BYE, nanti aku datang balik.





Istana Biru Nak Berkenalan

Sila Clik Banner Ini Untuk Join 

Assalamualaikum...

Entri kali ni Pak cik a.k.a Brad pitt amat terlapang dada dada dada dada dada pak cik untuk Join Segmen Dari cik kakak Puteri ini iaitu :-

"Istana Biru Nak Berkenalan"

Nama Korang :

Nama Saya adalah Mohd Pak Pis, Tapi pak pis pon tak mengerti, nape diorang panggil pak pis Yusri KRU hurmm..iakan je lah diorang tu kan.

Cerita Kejadian Nama Pak Pis.

Nama ni tercipta apabila akak Pak pis melahirkan anak dia yang pertama iaitu Aina. Dan start tu la Abang dapat Gelaran Pak Pis ni hurmm.. Kenapa aina tak panggil pak pis Yusri KRU. Pelik kan anak Buah Pak pis tu..

Sifat yang baik, yang ada pada Pak Pis:-

  • Pak pis adalah seorang Pencinta wanita Namun ku Bukan Buaya. 
  • Pak pis tidak gemar kepada Penipuan 
  • dan Penduaan. 
  • Pak Pis paling tak suka Semut api.


Sifat Buruk, yang ada pada Pak Pis:

  • Maaf Pak pis tak ada Sifat Buruk (Aku tipu aku tipu lagi). 

  • Pak pis Suka Tengok cerita Omputih, dan disebabkan itu pak pis akan tidur lambat. 

  • Pak pis Juga seorang yang suka fikirkan Perkara yang remah..sebab melalui perkara remeh la akan jadi Perkara besar, dan ini amat tidak disukai oleh awek pak pis, sebab dia akan kene bebel dengan pak pis.
Tapi kalau Istana Biru nak berkenalan ngan Abang yang muka seakan-akan Yusri KRU ni, Istana Biru boleh la like Page Pak pis yang ada kat tepi tu huhuhuh...


Abang Nak Lagi Boleh?? Hurm Yayang ?? DAN Errmm..Ark..Ark...Hum!! Hum !!

Assalamualaikum...

Cinta itu buta...waaahhh,
Kerana cinta membuatkan kita buta...waaahh,
Aku Bercinta Bukan Kerna paras rupa...waahh,
Abang tetap akan cintakan sayang walau apa pun yang terjadi...waaahh,

awek     :Abang...sayang dah tak datang bulan....!!!
Pakwek :Abang kena pergi langkawi la sebab dapat kerja Gaji besar kat sana, nanti abang sms yeah..k bai.

Panggilan talifon terputus : tut...tut...tut...tet tet tet....tut tet tut tet

Awek : abang..abang...sayang nak cakap yang sayang bukan sheikh muzafar nak datang ke bulan.....
          : Helo helo helo...Abang...
          : Helo abangang
          : gamapang punya jantan..

Awek-awek. Nilailah pakwa anda sebaik mungkin kerana mereka tidak rugi sebarang apa pun jika anda mengandung di luar pernikahan. Nak bercintan cintun ni boleh, tapi:-

"Boleh Pandang-pandang, jangan Pegang pegang, duduk renggang-renggang, Bertambah sayang"

TAPI KALAU ANDA TIDAK MENGIKUT NASIHAT ATAU MENJAGA MARUAH??

"Boleh Pandang dalam??, Boleh Pegang-Pegang, Duduk Rapat-Rapat. Bertambah Love Bite"

Camtu la hakikat kat dunia sekarang ni, Habis madu sepah dibuang bagaikan pampers yang telah diisi penuh dengan najis si baby, kadang-kadang Najis baby tu warna Hijau sebab dia makan kacang panjang, Kadang-kadang warna Kuning sebab dia makan keropok jagung dan kadang-kadang warna kuning campur hijau maksudnya dia makan kacang panjang dan jagung serentak..

Apa yang aku nak bagitau kat sini adalah, kita tak jangka yang najis tu akan jadi warna apa selepas dia keluar dari tubuh atau organ pencernaan, melainkan korang tengok najis tu keluar, kita pun tak dapat jangka berapa banyak dia keluar.

Tadi aku pergi Pusat mebeli dan membelah dan aku juga berjalan-jalan sakan, tiba-tiba aku nak makeup rambut aku sat, aku pun pergi ke toilet, sampai je aku kat toilet aku dengar orang sedang syok meneran membuang najis besar. dan bunyinya seakan-akan ini :-

Pemberak : errmmm..ark..ark..arkk..hum!! hum!!

Apakah maksud di sebalik ark ark ?? adakah nama manja bagi berak?? ark ark = berak-berak.

Aku pandang orang sebelah yang sedang menonton cermin dan orang sebelah pun pandang aku sambil kami senyum dan menggeleng kepala lantas kami melihat tandas jamban mana yang ada bunyi tu.

Dan dengan merasa meluat aku keluar dari tandas dengan rasa hampa kerana tidak ada mood untuk makeupkan rambut aku. Euww..ape kejadah kau buat suara sambil meneran??. Hadui ai..buat la kat tandas rumah sendiri, ni buat kat tandas public. Hilang Mood sudah.

Sekian lapuran aku untuk hari ini.


Tuesday, August 9, 2011

Hari-Hari Nak Pergi Bank Simpanan Nasional Seremban Kalau Macam Ni

Assalamualaikum...

Nah hambik kau, bukan main panjang tajuk entri aku.. Banyak-banyak Bank kat Malaysia ni, Bank Simpanan Nasional kat Seremban ni la yang aku paling Goma (Suka) nak pergi. Tak kesah la dalam bulan Puasa ke bukan dalam bulan Puasa ke aku tak kira aku nak pergi juga.


Perjalanan di Tengahari dimana Matahari yang sedang terpacak, aku mengagahkan diri aku untuk settelkan cek yang Nuffnnag bagi haritu, dah dekat 8 hari aku tak settelkan. Jadi nak dijadikan cerita, aku pun masuk ke Bank BSN ni dengan keadaan layu, walaupon ramai yang cakap muka aku macam Aaron Aziz, tapi nak buat macam manakan (sila muntah).

Masa aku nak tekan butang merah tu untuk ambil nombor giliran, tetiba ada note besar menyatakan "Urusan cek sila ke kaunter Khas", aku tenung bait-bait nota cinta tu dan aku pun memutarkan leher aku mencari-cari Kaunter khas, Tapi aku gagal mengesannya. Tanpa banyak cerita, aku terus ke kaunter kat tepi tu, aku lupa la nama kaunter tu, sebab...Jeng Jeng Jeng....Sebab aku terpaku, dipaku dan terpahat dek kecantikan awek Bank yang sedang menjalankan Tugasnya..

Bermula la bayang senda gurauan aku, Aku tenung je, aku perhatikan je, halamak...manisnya KURMA ini, cantiknya..hadussss...Aku pon pergi kat dia dan membetulkan segala kekacakkan aku ni...dan aku tanya dia:

Aku                    : Saya nak buat urusan berkenaan Cek la..
Awek Bank Cun : Oo..(sambil senyum)..Encik boleh ke kaunter 5 dan tunggu di sana ye (dia senyum lagi)

Cis..Kenap dia panggil aku Encik??. Panggil la aku Abang sayang. Pastu aku pun memulakan langkah untuk ke kaunter 5 sambil mengawal pergerakan langkah aku sebab kepala lutut aku dah bergoncang kuat dek kerana penangan kecantikan awek Bank tu tadi.

Sampai je aku kat kaunter 5, aku pun hulurkan cek aku, dan halamak kali kedua, umangaii..lawa jugak..hadusss..Manisnya KURMA ini. dia senyum je. Aku tak kira, apa nak jadi-jadilah, Aku nekad nak mintak nombor talipon. aku rilek jek sampai dia settel uruskan cek aku. dan dia pun mula bercakap :-

Awek Bank cun-cun : Ni Encik sila tanda tangan disini.
Aku                          : ohh..sini ye (suara aku bertukar sebijik macam yusri kru)

Aku pun tarik nafas panjang-panjang dan menunggu ayat terakhir dari awek ni :-

Awek Bank cun-cun : Ni Slipnya Encik.

DAN tanpa berlengah lagi, aku terus potong ayat dia dan aku cakap :-

Aku : Terima kasih...............................

Aku toleh dan aku terus bla..dan masa nak keluar tu puas gak aku berfikir, apa sal mulut aku boleh terus cakap Terima kasih??? tak pe lah. asalkan ada perkataan Kasih pun jadilah...hurmm, Tak pe lah bulan depan try lagi.



Tik tok tik tok : Layanan Kat Bank BSN seremban tadi memang best sebab, pekerjanya ramah dan sopan santun, ditambah pula dengan perkhidmatan yang cepat... i love you too awek BSN kuasa 2.




Monday, August 8, 2011

Tak Ingin Aku Jilat Kau Dah, Walaupun Kau Dah Bersolek. Huh!!

Assalamualaikum...

Walaupon kau cute
Walaupon kau pipi kau Pink
Walaupon kau putih gebu
dan
Walaupon aku dah selalu tengok spesis macam kau ni, aku tetap tak nak pegang kau dan melakukan penjilatan di atas tubuh badan kau yang boleh dikatakan bergetah. Ye..ramai yang suka kat kau, dengan gaya sopan kau, dengan gaya lemah gemalai kau tapi aku tetap tidak mengiktiraf kau sebagai salah satu kegemaran aku.

Lain orang lain cita rasanya ye dak??. walaupun benda ni di buat pembedahan plastik aku tak mau gak lah.

Ni apa ceritanya yang aku duk meraban serupa Kucing yang sedang mengalami masalah sembelit yag terancang ni??  tak mengerti bukan? muah muah.

Baru sat ni aku terpikir apa gayanya kehidupan alam lautan yang berada paling dasar lautan, dan carian aku memang best. Adakah anda tahu sotong jenis apa yang berenang menggunakan Telinga??..ada la...

Nama Sotong ni sotong Dumbo :-


Dumbo yang comel ni hidup dalam kedalaman laut Sekitar 300-400 meter dibawah permukaan lautan. Dumbo si cute ni bergerak dengan menggunakan Telinga yang lembut bagaikan entah la susah nak cakap.

Dengan keinginan yang lebih mampat anda boleh melayari laman sesawang yang tidak bersawang ini (Link).dalam link tu jugak ada Video macam mana si sotong cute ni bergerak..Semoga anda tercium-cium skrin komputer ni selepas melihatnya..


Saturday, August 6, 2011

Sayang Lagila Mencintaimu Abangku

Assalamualaikum...

Uuumangai..ayat kau dah macam "Monyet MR.OS Mintak Pisang Lak"...jom ngompat??

Tadaaa...ni bukan aku dengar ke ni bukan aku pisahkan telinga aku dan letak dekat orang yang sedang Hot bercinta atau apa. Ni yang selalu bebenor kita "Tengok, kita baca dan kita Lihat"..Lagi-lagi kat Pesbok..(asal aku tak leh Login Pesbok?)

 Aku tengok orang yang pergi Opis pakai seluar hitam, pastu kalo dia naik pangkat dia pakai seluar warna Hijau gelap tu kalau lelaki, kalo perempuan lak dia naik pangkat kain betukar menjadi biru pekat lak. ha ah...budak sekolah menengah la yang aku maksudkan..

Handa bona budak sekarang berlapbiu-lapbiu kan..geli pun ado yo, tapi nak buat macam manakan, Dah sekarang ni guna slogan "Dunia tanpa sempadan". Tapi srius aku tengok, kalau awek skolah menengah yang ketiak masih basah dan masam dah pandai melafaskan kata-kata macam Tajuk aku tu, aku tengok dah macam Monyet MR. OS mintak pisang pulak dah..

Kenapa gedik sangat dik??..Adik kene ingat Ketiak adik masih berbau masam, Maksudnya adik belom mampu nak beli minyak wangi yang berkepala Putih untuk di gosok dan di layan pada permukaan ketiak yang masam lagi hitam..Malahan jika adik-adik mengosok permukaan ketiak itu akan terhasillah jua gulingan daki hitam kemasaman menandakan daki yang diperam...

Adik cakap : Cukup !!..cukup !!...cukup diatas penghinaan ketiak adik, mane adew adiq Tounjuk kat Pak pis ketiark adiq camneww...

Pak pis : Nanti dulu dik.. baca la pak pis nak tulis lagi ni adui ai...

Adik cakap : Boleh tuju lagu??

Pak pis : Silakan...

Duduknya saya disini sambil membebel dan menaip adalah untuk menyedarkan adik-adik semua kesan dari tindakan adik-adik tu :


  • Adik nampak gedik dan mengelikan, sebab bila korang cakap macam tu aku mesti terbayang ketiak korang yang bertompok kat baju kurung sekolah- Sejarah mengajar kita(time aku skolah dulu banyak gak aku tengok)
  • Adik akan Nampak bangang kerana adik masih bawah tanggungan mak bapak.
  • Adik akan Terjebak dalam kancah Rencah nafsu, sebabnya ayat itu mampu merangsang pakwe korang punya adik lelaki untuk bangun dan melakukan senaman.
  • Adik dah jatuhkan Level gadis Ayu...
  • Adik akan adik akan dan adik akan....bla bla bla...
Aku membebel pon bukan masuk dalam otak adik-adik pon..Jual la mahal sikit dik, kau tu perempuan dik, tak cun dan jatuh level level@label kalau keluarkan ayat camtu, Lain la kau dah kawin..hahah dapat gak kasih sayang orang yang dah kompom nak sehidup semati dan membahagiakan adik..

Pak pis cakap sebab pak pis pon dulu pernah berada kat skolah menengah dan pendapat pak pis ni adalah dari pengalaman pak pis tengok kawan-kawan pak pis dulu, jadi tak ado paedah ehh berlapbiu zaman Skolah ni, merugikan lagi ado la...

Jadi sekiranya adik teringin nak mengucapkan ayat camtu sila ingat kata-kata Nasihat Sepanjang Zaman Pak pis ni : 
 "DAH MACAM MONYET MR.OS MINTAK PISANG"

Friday, August 5, 2011

Aku Ingat Pesan Papa ngan Mak Aku...

Assalamualaikum...

Nak di-jadikan cerita, kak Linda ada Tag aku Join Segmen, Malangnya menjelang aku nak join tu aku dah tertamat tempoh penyertaan..waaaa!!...Aku terkial-kial nak tengok apa syarat segmen tu + blogger yang buat segmen tu. Tapi tak pe la, aku nak jugak bagi tau apa pesanan mak bapak kita kat kita ni, sampai kita jadi Manusia kat Dunia ni..Bukan senang nak menjadikan seorang manusia tu kepada betul-betul manusia.

Gelaran bagi Mak dan ayah aku adalah : Mak = Mak la tapi Ayah = Papa.

Mak aku selalu Nasihat :


  1. Sembahyang Pis, kok nanti kau tak jadi orang nanti.
  2. Blaja Pis, kok nanti payah kau nak idup sonang.
  3. Kau jangan marah-marah awek kau pis, kok nanti kono tinggal
  4. Ikut cakap mak ni Pis, kok nanti nyosa tak sudah.
  5. Ikut semua Nasihat Mak pis, kito ni orang susah. Bukan orang Sonang.
Papa aku selalu Nasihat :
  1. Kau apo malas sangat?. nanti kau nak kawin nanti baru kau tau susah senang.
  2. Blaja tu jangan main-main, nanti orang senyum kau menangis.
  3. Bilo orang cakap, kau merajuk, papa tak tau nak buat apa kat kau ni, Ingat Pis Ingat Pesan papa
  4. Papa dulu carik kerja tak kira kelulusan, kau ni sekarang memilih kerja. Cuba la dulu mana tau rezeki..
  5. Ingat Pis, Papa nak kau ingat yang kita ni bukan orang kaya. Papa nak kau hidup senang nanti. itu je..
Tu antara Nasihat-nasihat dari orang yang melahirkan dan menjaga aku dari aku kecik sampai besau la ni, Nasihat yang paling mengancam jiwa aku ni adalah 

"Nasihat Blaja Jangan Main-main, nanti orang senyum kau menangis" 
dan 
"Ikut cakap Mak ni Pis, Kok nanti nyosa tak sudah"

2 Nasihat yang sampai sekarang aku termenung bila memikirkannya, Yes aku tak ikut Nasihat Mak ngan Papa aku, dan Hasilnya aku menangis la.... Penat ooo Hari-hari nangis. Dekat setahun dah aku gagal mendapat sebarang kerja. Orang cakap nyesal dulu pendapatan nyesal kemudian tak berguna sudah. Ha ah la betul la....

Aku ni penjenayah terbesar ke? Sampaikan susah nak dapat kerja??..Aku tak hisap dadah. aku tak merogol, aku tak minum arak, aku tak menipu duit orang, aku tak songlap duit orang, Habis tu apa masalah aku sampai susah sangat nak dapat kerja??

Dan sekarang aku dah macam orang hilang akal carik kerja tak dapat-dapat, dan bila aku nampak orang pakai kabel untuk dapatkan kerja jek dengan sepantas kilat aku sound tepet, g mampus...dah la kau tak rasa macam mana peritnya nak dapatkan kerja, ni senang-senang kau je nak pakai orang dalam, dah banyak kali dah ni.. memang aku dah hilang sabar..sila ingat Muka aku kalau korang nak pergi interview dan lagi-lagi kalo korang pakai orang dalam..hehheehhe 

dan keputusan dari Nasihat ibu bapa ni, kita wajar dan sewajar-wajarnya kita ikut, aku dah ada pengalaman tak ikut cakap orang tua aku, dan aku dah dapat keputusan dari mengingkari Nasihat orang tua aku. Aku harap sangat, korang yang Poyo sangat berkawan kerana mengejar hiburan dunia IPTA ni, cepat-cepat kembali ke matlamat asal... KOK SATU HARI NANTI MENANGIS NONE STOP...

k bye..


Uniknya Ramadhan Di Tempat Aku

Assalamualaikum...


Ni aku Join Segmen di Bangku kosong, Sesiapa yang Nak Join Sila one klik di >>>Link<<<

3 Keunikan yang berlaku di bulan Ramadhan di tempat aku adalah :-

1) Bila datang je bulan ramadhan ni, yang bestnya kat MAMBAU SEREMBAN NEGERI SEMBILAN ni adalah Gerai-gerai kueh mueh untuk juadah berbuka puasa. Mambau ni terletak di Jalan lama nak ke Port Dickson dan Yes..Mambau ni la kampung Nabil maharaja Lawak tu.., jadi Jururawat pelatih ramai yang akan berhenti jap kat mambau ni dan beli kueh, dan Pak pis akan berada di situ untuk menatap kecantikan awek-awek Jururawat ni..waaaaa....

Ke-unikannya adalah Penduduk kampung ramai yang dapat cari duit poket menjelang hari raya...

2) Datang je Bulan Ramadhan ni, ha Muncul la Geng-geng aku yang berada di Perantauan nun hahah, perjumpaan akan berlaku di Surau kampung mambau, Perghhh..oleh sebab ada yang kerja jauh-jauh jadi diorang balik kengkadang jek, bila dah jumpa hahah, hambik,...tak ingat dunia sudah...Best dapat jumpa geng-geng yang dari kecik ni, dan lagi best tengok diorang dah berjaya hurmm...


dan yang terakhirnya adalah

3) Bestnya Bulan ramadhan kat tempat aku ni adalah , ramai anak-anak muda akan tidur lambat sebab nak tunggu sahur, tak tau la kenapa, untuk menjaga kampung supaya perompak gagal merompak kot, Mula la perbualan yang mencuit hati di antara kami menceritakan kesah-kesah masa kanak-kanak dulu kes ponteng puasa la, kantoi tak puasa ngan mak la macam-macam bro hahahha....

BEN ASHAARI : AKU TUNGGU SAHUR.. KORANG ?


Assalamualaikum...

Aku join segmen Abang ben ashaari...siapa-siapa yang nak join?? Sila ke sini >>>Link<<< hahaha...


SEMENTARA TUNGGU SAHUR , AKU melukis katoon la bang Ben hahah...Ngah pening pale nak tau macam mana cara berkesan nak benti isap rokok...


Tengok la katoon kat bawah ni ha...buat tatapan dan gambaran....benci benci benci arghhhh....







Thursday, August 4, 2011

Kau Lah !!.. Manusia Yang Paling Kejam Bulan Ni !!

Assalamualaikum Semua...

dan

Kejeng jeng jugak pada semua...hurmm

Kenapa aku diperlakukan Sebegini rupa??
Adakah kerna rupa ku se-akan-akan Aaron Aziz dan Brad Pitt menjadi Punca kau bersifat kejam terhadap ku??

Aahh!! Persetankan perangai engkau itu...Rasanya jika ku diberi keizinan, ingin saja ku cucuk-cucuk bijik mata mu dan selepas itu ku cungkil taik  hidung mu lalu ku calitkan di lidah mu, dan akan ku bertanyakan pada kau :

"Ni gula apa? cuba teka, Gula Melaka ke gula-gula?? hum hum (sambil menggangkat kening berulang kali)??"

hah?? Apesal aku camgini?? ape kes??...ha ni ha, ala...Petang tadi sebelom beberapa jam nak buka Puasa, aku diberi tugas yang amat berat oleh Ibu tersayang, iaitu membeli juadah untuk berbuka puasa nanti. Wahh..berat la tu derr..tapi pak pis leh tahan lagi la..rilek la kan..tak ada hal lah..sikit punya hal. Jadi perjalanan menaiki moto untuk ke Seremban-Two mengambil masa selama 5 minit dengan Menaiki Moto Sport aku yang berkuasa Besar (TZM je)..

Tanpa mahu membazirkan tenaga, aku balik cargas, memecut dan memecut, Tapi bila dah nak sampai umah, aku terfikir nak melencong jap, Aku pergi berjalan-jalan jap, ingat nak meronda-ronda..

ngeeee Ngeee ngeee...pastu aku terbau sesuatu...ha ah..aku merindui bau ni..ye la bau ni aku rindu sangat...Bau rokok yang segar sedang di bakar dan diisap sambil angin lembut membawa asap ini berjalan-jalan diudara..Tetiba aku tersedar dari lena ku....Uisshhh ni baru pukul 5.30pm di waktu Malaysia.. Siapa pulak yang isap rokok ni??

Aku terus memandang tepat kehadapan..nampak macam sejenis Motor Honda Bulat dihadapan aku...Aku pecut dan aku saje slowkan motor aku bila dah berada bersebelahan dengan Penunggang Motor tu. Damn..Budak Comel ni isap WOKOK!!... Gampang,


umangaiiiii...Kau isap rokok di siang hari !!...Dengan muka Slumber +Mata Stim+ cute + tembam + Motor Honda Bulan 70 bewarna Pink dan macam-macam lagi kebaikan dan kelembutan yang kau tonjolkan tapi apa yang kau tunjukkan kepada aku ha!!?? Kau me-WOKOK depan perokok tegar yang sedang Sanggap rokok !! arghhh...Kenapa dik kau buat pak pis cam gini?? Tak kesian ke kau dekat pak pis ni ha??..pegi la isap rokok kat semak samun ke, kat dalam jamban umah kau ke, melompat dalam tong sampah ke? dan berbagai-bagai cara lagi untuk kau yang tak puasa, Tapi kenapa kau merokok ketika membawa Motosilkal Antik mu itu RedBull Dog!!..

Ha..ni yang aku marah ni..kang bertukar pulak aku ni kang...kang keluar ayat mencarut lavida Loka riki martin kang...

Hajat aku nak je suruh budak tu berhenti tepi jap, Saja nak tau kenapa dia buat camgitu, Aku pon tempek HOii !!(aku tipu).... Dalam hati ni berkata-kata "dik sepam dik..dik sepam sepam"...aku tak sempat nak bagi nasihat sebab aku tengok badan dia BESAU  Laa..sedangkan aku comel cute sweet dan berbagai-bagai lagi, Korang nak tau apa aku buat??, Aku pandang je dia, tapi dia tenung aku balik dan itu membuatkan aku hanya mampu tersenyum sahaja...arghh!!!  kenapa Muka dia lagi garang dari muka aku.

Aku tengok muka budak ni masih di Bangku sekolah, Jadi lebih baik anda-anda yang bergelar mak bapak tu, sila lah pantau anak-anak korang sebelom terlambat...

Aku bukan tak nak tegur..kang kalo tegur kang korang datang tegur aku lak...hummm.....

*Nasihat sepanjang Zaman*-Jangan Melencong-lencong selepas melakukan sesuatu pekerjaan.

Tips Hilangkan ketiak terasa Geli-geli sepanjang masa : rambut ketiak itu sudah panjang, Jadi silalah cukur ye anak-anak buah Pakpis...... 

Wednesday, August 3, 2011

Betul Apa Yang Orang Lama Cakap

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Kadang-kadang kita ni cepat sangat meletop kalau ada orang nasihat...Ha ah..aku jem betul kalau ada orang bagi nasihat, Tapi Selalunya masa nak tidur, Nasihat-nasihat tu datang balik duk menyanyi-nyanyi versi Ning Baizura dalam telinga aku. Puas gak aku mundar mandir di atas katil (ayat) untuk menghilangkannya namun ianya membuatkan aku berfikir balik :

"Apasal orang lama tu cakap macam tu??, Bagus ke dia nak nasihat aku??"

Senang cerita kita ni begga(begga bermaksud degil+berlagak), begga tak nak dengar apa orang cakap. dan sebab aku ni pun dalam kelompok begga jugak, tu yang masa nak tidur Nasihat menyanyi-nyanyi melalui versi Ning Baizura datang menyelinap dan secara langsung membuatkan aku berfikir. 

Aku sememangnya dah start menerima segala jenis Nasihat dari yang berpengalaman, sebabnya adalah :

  • Orang lama dah tau kemanisan taik idung sebelom kita mencuba merasa taik idung.
  • Orang lama dah tau apa rasanya kalau ambil garam berlebihan sebelom kita mencuba apa rasa garam kalau ambil banyak sangat.
  • Orang lama dah berjaya tunjukkan dia dah berjaya
Tu sebab, orang tua-tua selalu cakap benda ni time kita buat silap:

"Lain kali, orang tua-tua cakap Dengar la.."

Sebab apa orang tua-tua..opsss orang lama-lama suka cakap macam tu?, sebab diaorang dah bagi nasihat kat kita, tapi kita tak nak dengar cakap, sebab kita ni begga(sila ulang) begga begga begga begga begga begga begga begga begga....arrghhh Penat la...



Memang betul, Kita kadang-kadang Penat dan Cemburu dengan kejayaan orang lama, Betul tak anak-anak buah Pak pis??. dan Nasihat yang diorang buat tu adalah berdasarkan keperitan dan kesusahan dan halangan yang diorang tempuh zaman dahulu. Kalau macam tu kita dengar nasihat dan ikut jejak langkahnya, apa yang buruk kita buang, apa yang baik kita buat COPY+PASTE.. bak kata orang dulu-dulu yang dah ditukar versi nya ke zaman sekarang:

"Jangan pisahkan..aku dan dia..Tuhan tolong laa..ku cinta dia.." -oh lupa nak cakap sila baca balik sambil menyanyi.

Jadi kita ambil contoh dari yang terbaik...ok...

DAN PALING PENTING 
Dan kenapa dalam lubang hidung kita akan terasa geli atau gatal apabila angin kuat?, sebab bulu hidung dah panjang wahai anak-anak buah ku...


Tuesday, August 2, 2011

La..Takkan Bulan Puasa tak boleh Mandi Laut??

Salam..kejeng jeng....Muah lot of love lot of love....

Tadi pak pis melepet kat gerai baza ramdhan member pak pis, kalau bukan bulan puasa kita panggil MELEPAK, tapi ni bulan Puasa jadinya tak nampak macam melepak kalau melepak, Sebab muka semua macam apa tahkan tu yang panggil melepet(tak berdaya).. Gilokan, dah la iman tak kuat pastu tenung ayam percik sampai memercikkan air liur aku, ishhh i like. Nak balik dah takut, takut budak-budak ni drop cakap :-

"Oii pak pis, ni nak balik sebab dengar azan Asar pastu nak sembahyang ke ko nak bukak Pose"..

untuk mengelakkan ayat-ayat kengkawan yang bijak sana tu dilemparkan ke aku, Jadi aku sambung la melepet sambil tengok ayam yang dipercikkan uhhh asyik...tetiba, kawan Pak pis menyapa seorang Pakcik yang juga berniaga kat situ :-

kawan pak pis  : "Mano cik? "

pakcik peniaga : "ada hal la aku..aku nak ke Port Dickson jap la,"

kawan pak pis  : "Ado apo?" Mandi Laut ko?"

pakcik peniaga : "Tak tak... ada masalah kat sana la"


Jadi...aku tanya kat member aku ni, "..asal acik tu leh jawab "TAK TAK" kah kah kah ".

Gila ke mandi Laut bulan-bulan Puasa, orang puasa kau pergi mandi air laut buat apa??, kok nanti termunum bergelan-gelan air garam tu camna?, Air laut terkena bibir lalu kau menjilat bibir itu, lalu lidah dapat merasa kemasinan air laut..ha camna??...dekat 15minit gak la jadi Happy Hour kat situ...Pastu pak pis pun ajak la member pak pis Berpuasa balik.

"oii oii Jom puasa, dah gelak terlampau ni "

oooo ok  ok ok..

jap jap : aku menyesal melepet ngan member aku ari ni, esok tak nak lepak ngan diorang, diorang tak bagi ayam percik free pon ..huh...kurk kruk (Perot lapa).

Terima Kasih Sebab Sudi Join huhuhu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

ooo...anda semua sanggup Follow Blog ni jugak? huhuh ok la tq tq tq Abang a.k.a Zippo Ucapkan terima kasih bebanyak..Untuk makluman..pak pis akan meninggalkan Blog Zippo tu, Blog tu tak best..hahahha sebab walaupon follower dah 400, tapi tah kemana hilangnye tah, tak jump-jumpa pon..Aku nak melayan blog yang Layan aku je ..LAGI BEST...apa apa pun blog yang baru yang bergelar Pak pis ni akan menonjolkan cara penulisan yang sebenar..tak ado protokol yo..den main gedegang je bile tulis...Harap korangnak jugak melayan hamba yang rupa mcam Aaron aziz ni dan mampu memberi sedikit sebanyak pengisian didalam kehidupan kita ni...

Ok dah dah...aku nak sambung promosi Blog jap..k bye huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...