Anak-anak Buah Pak Pis

Sembang Kuat Hari ni

Saturday, September 3, 2011

Monung Yo La...

Assalamualaikum dan salam Berhari raya...

Ayat pendahuluan untuk kita Hari ini adalah :-

 "Orang tak Pose tak rasa Syoknya raya" 


Apakhabar korang Punya raya?? Sihat??, Aku punya raya ok wow, Tahun ni Semua adik beradik aku ada, siap dengan akak ipar, abang ipar, anak bebuah aku semua ada, Bukan main syoknya Raya Mak Bapak aku, Aku pong tumpang Gumbira..

Yang aku perasan tahun ni adalah, Lagu raya kureng, lagu raya yang baru-baru pong kureng, hermmm..biak pi la sama depa. Aku ngah tergagap-gagap menaip ni sebab tapak tangan belah kanan ni gatai..

Aku baru perasan perubahan yang telah berlaku kepada diri  aku ni, dan ianya adalah :-

  • Aku pendiam gile dah skang ni huhuh, dah macam Aaron Aziz la uhuhu malu sangat-sangat taw. Macam mana la leh jadi pendiam ni, aku pong tak tau derr..
  • Perot Kembang semangkuk. Tapi bila aku pikir-pikir balik, mana ada aku telan mangkuk. Nak gak scan perot aku ni macam mana boleh kembang, apa yang ada dalam perot aku ni, Aku Hamil ke?
  • Aku tolak pelawaan Kawan baik aku, dia ajak hang out dan berjalan raya dengan geng-geng aku yang lain, Padahal taun lepas dan tahun-tahun sebelom ni aku On je..
  • Raya Tahun ni aku tak Shopping, Setakat beli semua sehelai sahaja.
  • Aku dah tak nak berharap dekat Fazura dah, sebab Fazura tak berharap kat aku pon huh!!!
Sepanjang aku mendiamkan diri dalam Arena Blog ni, aku telah banyak berubah sebenarnya, dan aku berbangga dengan perubahan mendadak ni. Aku berubah dari :-

  • Dari Pemalas Ke Rajin
  • Dari asyik kalah main game FIFA 2010 ke Asyik Menang main game FIFA 2010.
  • Dari Kuat Melepak kat Kedai mamak ke Lepak kat CC main game.
  • dan yang paling ketara sekali adalah
  • Dari Suka kat Fazura ke Suka kat Liyana Jasmay(Selamat Tinggal Fazura..huh!!).
napa pulak muka liyana macam marah kat aku???

untuk pengetahuan Umum, aku ni Penyokong Bola sepak, dan oleh kerana Perlawanan Bola sepak sedang bercuti, aku jadi ketagih nak tengok bola, Tapi tak ado, aku mengambil tindakan untuk main game je la, Aku memang gilo main game Bola. Bola bola bola, cuba tengok aku sepak bola, Suku padang pong tak lepas.

Lepas raya ni, aku akan bermain-main di kawasan Kuala Lumpur, pastu aku terus ke negeri belah-belah utara, jadi sesiapa yang ada kat Belah utara leh la kita berjumpa-jumpaan yerr, kalo sudi la, takkan la korang tak nak jumpa orang yang seakan-akan Aaron Azizi, Rosyam Nor dan Brad pitt ni kan 3 in 1 tau, Susah nak jumpa.. Rugi tau..

p/s: aku start balik aktif berblogging, jadi dengarlah rintihan carutan daku ini, kerna tak ada siapa yang sanggup mendengarnya, korang la yang selalu menjadi mangsanya uhuhuhu....

13 comments:

al_hakim said...

selamat hari raya bro

hira said...

selamat hari raya. hahaha :D macam-macam punya cerita. tak apa, congrates dapat liyana tu :p

Pak Pis said...

kalau berkhayal memang best, tapi dunia nyata..kompom xkan dapat bgorat liyana jasmay tu

kotak bulat said...

men game je.. selmt kmbli berblog.. :P

farhan said...

jum lawan game bola PES

Zul Fattah said...

haha.. nakal jugala pak pis ni..?
mujur pak pis tak sebut lisa surihani .. kalau tak memang kena lawan dgan saya dulu r.. haha..

linda a.k.a ibusumaiyah said...

selamat berblog kembali...huhu...seminggu sebelum raya dah ilang yer..kot la sibuk wat bisness lemang...

Selamat hari raya aidilfitri..:)

msredcheesecake said...

bagusla ada perubahan kearah yg lebih baik...keep it up...liyana kiut...

Aina said...

why liyana jasmay??

selamat hari raya pis:) maaf atas salah silap akak yo

Terbang Bersamaku said...

selamat hari raya pak pis..
raya sy ok, meriah jer..=)

yeah teruskan aktif berblogging ye pak pis..=)

Mr.Thinker@Ali said...

aku tak dengar rintihan kau sbb aku hanya membaca rintihan ko. hahaha. :p

untung ni ada minat. bagus sbb terhindar daripada perkara negatif. itu yang dinamakan modal insan bro. :)

teruskan usaha bermain bola. badan sihat. hati pun senang. :)

stellaizz said...

bagus2 perubahan ke arah baik....selamat hari raya yo

azma azhar said...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin pak pis... sunyi oo pak pis xde.. menunggu entry2 syok dr pak pis. hehe. pak pis !! x setia pd fazura ye ! huhu ape nk jwb dgn kak fazura nnt ni... muahaha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...