Anak-anak Buah Pak Pis

Sembang Kuat Hari ni

Saturday, August 27, 2011

Baaa cakkk...

Assalamualaikum dan salam dari perantauan...

Waaaa...aku dah merantau ke negeri orang lorghh...lepas je raya ni bermula la episod aku sebagai anak perantau. Macam best je bunyinya kan, leh pasang lagu raya bila nak balik raya nanti kan kan kan.

Orang cakap Hujan emas di Negeri orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, betul la kot pepatah tu, Untuk mengubah nasib aku dan nasib bakal anak cucu cicit aku, Aku sanggup berkorban demi mereka, Uishh emosi la kalo cerita bab bakal keturunan ni kan, K stop cita.

Agak-agak dah berapa lama aku tak Update Blog aku ni, eleee..bukan ada orang kesah Pon kan kan, Biak pi la, asal kan abang Happy muah muah...

Tujuan aku update Blog aku arini adalah untuk merepek dengan anda-anda semua, dan aku rasa dah ada yang dah perasaan yang blog aku kali ni takkan ada sesuatu yang serius, hanyalah sesuatu yang boleh di panggil borak-borak bersama rakan-rakan. Jadi harap maklum la kalo ada perkataan dan ayat-ayat yang sempoi dan biasa kita dengar time kita melepak dan berborak kosong dengan kawan-kawan kita.

Aku sebenarnya happy sangat sebab dah dapat Kojo yang mampu membuatkan aku kahwin taun depan, haaa...kejapkan??? hehehe, Syukur aku Pada Allah yang mendengar Tangisan aku dan masih memberi peluang rezeki pada aku walaupon aku sering kali lupa dan malas mengerjakan suruhaNya.

Tapi setiap orang kat dunia ni boleh berubah, aku pon dah Berubah sekarang. Aku ada satu Tips YANG paling mujarab bagi korang yang nakkan perubahan dalam Hidup korang, aku dah cuba dan aku menyesal sebab dari dulu aku jarang buat bende ni, Tapi bila aku dah start lakukan tips ni, Hati aku terus berubah dan hari-hari aku sekarang makin best...Korang nak tau apa Tips yang aku selalu amalkan tu???....betul nak tau ni??...ye la ni....ok ok aku bagi tau..Tips yang aku selalu amalkan adalah....


SEMBAHYANG 5 WAKTU

Tapi korang kene ingat, Sembahyang tu amat lah penting, Srius aku cakap, Kalo korang sembahyang dengan Rela dan fokus, Korang akan start berubah dari Nakal ke Baik, Dari hidup kucar kacir ke Hidup yang lebih teratur. Dan ini semua terjadi di Atas keizinan Allah yang Maha Kuasa.

Hidup aku sekarang ni lebih santai, lebih teratur.


7 comments:

Terbang Bersamaku said...

tahniah....,smoga pak pis di murahkan sentiasa rezeki..=)

~nice entry, nice tips(^___^)

HHH said...

merantau jangan lupo balik tengok bola dengan kwn2 :)

cik rama-rama said...

tahniah pak pis..rindu dye update blog lar..sape pula x rndu.. =)

msredcheesecake said...

satu penghijrahan yang sengat bernilai dan menguntungkan...

selamat hari raya maaf zahir batin

sakurasue said...

wah terbaiklahh pak pis. dah lame tunggu pak pis x muncul2 nih.
nanti dah start keje pak pis makin bz ke? merantau p negeri mane? huhu
sblm trlmbt, selamat hari raya ^_^/

Abg Ijal said...

Alhamdulillah Pis, patutlah lama benar menyepi....rupa-rupanya hikmah berubah membawa kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup Pis.
I support U! Tahniah!
Semoga terus maju dan kekalkan momentum yg ada sekarang!

Salam Aidil Fitri,
Ampun dan maaf abg ijal pohon andai selama ni ada komen2 yg menyinggung perasaan Pis!

Queen F said...

teringat khutbah raya "solat itu tiang agama, jika runtuh yang 5 maka hancurlah semuanya.. " :) tahniah pak pis moga sentiasa dirahmati.. :') selamat hari raya! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...