Anak-anak Buah Pak Pis

Sembang Kuat Hari ni

Wednesday, August 3, 2011

Betul Apa Yang Orang Lama Cakap

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Kadang-kadang kita ni cepat sangat meletop kalau ada orang nasihat...Ha ah..aku jem betul kalau ada orang bagi nasihat, Tapi Selalunya masa nak tidur, Nasihat-nasihat tu datang balik duk menyanyi-nyanyi versi Ning Baizura dalam telinga aku. Puas gak aku mundar mandir di atas katil (ayat) untuk menghilangkannya namun ianya membuatkan aku berfikir balik :

"Apasal orang lama tu cakap macam tu??, Bagus ke dia nak nasihat aku??"

Senang cerita kita ni begga(begga bermaksud degil+berlagak), begga tak nak dengar apa orang cakap. dan sebab aku ni pun dalam kelompok begga jugak, tu yang masa nak tidur Nasihat menyanyi-nyanyi melalui versi Ning Baizura datang menyelinap dan secara langsung membuatkan aku berfikir. 

Aku sememangnya dah start menerima segala jenis Nasihat dari yang berpengalaman, sebabnya adalah :

  • Orang lama dah tau kemanisan taik idung sebelom kita mencuba merasa taik idung.
  • Orang lama dah tau apa rasanya kalau ambil garam berlebihan sebelom kita mencuba apa rasa garam kalau ambil banyak sangat.
  • Orang lama dah berjaya tunjukkan dia dah berjaya
Tu sebab, orang tua-tua selalu cakap benda ni time kita buat silap:

"Lain kali, orang tua-tua cakap Dengar la.."

Sebab apa orang tua-tua..opsss orang lama-lama suka cakap macam tu?, sebab diaorang dah bagi nasihat kat kita, tapi kita tak nak dengar cakap, sebab kita ni begga(sila ulang) begga begga begga begga begga begga begga begga begga....arrghhh Penat la...



Memang betul, Kita kadang-kadang Penat dan Cemburu dengan kejayaan orang lama, Betul tak anak-anak buah Pak pis??. dan Nasihat yang diorang buat tu adalah berdasarkan keperitan dan kesusahan dan halangan yang diorang tempuh zaman dahulu. Kalau macam tu kita dengar nasihat dan ikut jejak langkahnya, apa yang buruk kita buang, apa yang baik kita buat COPY+PASTE.. bak kata orang dulu-dulu yang dah ditukar versi nya ke zaman sekarang:

"Jangan pisahkan..aku dan dia..Tuhan tolong laa..ku cinta dia.." -oh lupa nak cakap sila baca balik sambil menyanyi.

Jadi kita ambil contoh dari yang terbaik...ok...

DAN PALING PENTING 
Dan kenapa dalam lubang hidung kita akan terasa geli atau gatal apabila angin kuat?, sebab bulu hidung dah panjang wahai anak-anak buah ku...


15 comments:

kotak bulat said...

kalau nasihat yg baik..dgr la..kalau org tua nasihat yg memudaratkan...nasihatkan dia blik..hehhee

Diya Lolipop said...

org tua2 kate xelok jage sampai malam heheeh,pak pis,begga..begga..begga,sye akui syelah org begga eeheh

Nilam suhana said...

hahhhahaa.. ya la pak pis.. setuju... dengarlah cakap org tua.. sebab mereka lebih berpengalaman.. kan??? contohi yang terbaik...huhu..

Unknown said...

jgn begga sgt ye pak pis... apa yg org tua2 ckp tu mmg ada benarnya..

LindaLittle said...

bagus kerana mengingati kembali nasihat-nasihat waktu nak tido..ye la..semasa saat terima nasihat tu..biasanya payah sikit NAK DIGEST ...masa nak tido tu baru nak analisis n HADAMKAN...versi NING BAIZURA lak tu...genre aper tu?..;)

hamizah afifah said...

sy pun begga.. = ="...ank pertama mmg begga... :P

[sutera kasih] said...

nasihat org2 tua mmg ada gunanya..ambil yg jernih, buang yg keruh :)

stellaizz said...

begga :)

Unknown said...

yup! betuul pak piss! he
comel je pic tuu ^_^

sufie said...

tora datang lagi dengan permainan dondang~~~ haha!

huk2. bila SY membebel, adik cakap SY bising.membebel je.hukhuk~ takpe2. sebagai kakak mereka, SY rasa tu tanggungjawap SY pada mereka. sabo je la~~~

Anonymous said...

kadang2 kalau kena tegur depan ramai orang mula2 rasa nak marah jugak sebab malu punya pasal.. tapi dah lamaa bila fikir ada betulnya jugak.. kalau kita tak buat salah takkan orang nak tegur kan? apa pon ambik yang jernih, buang yang berkeladak.. :D

pak pis, kakak pinjam ayat begga pak pis ye macam style pulak.. hekhekhek :D

Ghab Van Hal said...

tula, kalau taik hidung rasa strawberi, mesti budak2 ni xnak dgr cakap orang tua dah kan?..kekeke...

sekamar rindu said...

salam...

singgah sini sambil folo..

kaizen said...

ayat last skali xleh bla bro... hahahaha

latest entry WW : Korg Ade Cikgu macam ni?? & Urban : Camera Paling CANGGIH

Pak Pis said...

Ngeh ngeh ngeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...