Termenung merupakan salah satu aktiviti manusia yang tidak mengira waktu susah atau senang, Namun kegiatan termenung seringkali terjadi apabila menunggu sisa-sisa makanan keluar dari tubuh kita melalui sistem pencernaan sambil mengeluarkan bunyi pessstttt.
Kalau nak diikutkan, aku meme banyak kali termenung jauh ni, sampaikan aku sendiri memilih lokasi untuk termenung. Pentingnya termenung ni adalah kerana kita mula membicarakan atau mempersoalkan Kesilapan dan permasalahan yang telah kita lalui , lepas tu kita akan memikirkan jalan penyelesaian dan apabila termenung ni aku selalu fikirkan apa yang bakal terjadi kepada aku jika aku masih di tahap macam sekarang, jawabnya menu utama bini dan anak aku bila aku dah ada keluarga sendiri nanti adalah nasir pasir cicah sambal lumpur .
Selepas Sahur semalam, aku dah terfikir nak pergi ke Pekan Port Dickson untuk mengambil KAD pengenalan aku yang dah sebulan siap, Aku saja kasi kad pengenalan aku bertapa lama sikit sebab aku tengok pegawai kat situ lawa-lawa.
Aku dah lama tinggalkan Port Dickson semenjak aku habis belajar dulu, sejak tahun 2007. Jadi bila aku nampak laut mula la kenangan zaman nakal dulu timbul bak meggi kari yang dah kembang sambil terapung-rapung di dalam periuk. Selesai aku ambil kad pengenalan aku, aku pun mulala bertindak seperti Awie dalam cerita tragedi Oktober iaitu termenung sambil diiringi Musik.. Lama gak aku melepet kat depan laut tadi, saja nak kasi kepala ni ringan sikit.
Namun Aku gagal untuk termenung dan aku gagal menjiwai watak awie dalam cerita tragedi Oktober diwaktu Awie Termenung kerana bulan ni baru bulan Lapan kan kalo bulan Oktober mungkin boleh kot. Jadi aku tekan Play song didalam Hadset aku dan lagu itu adalah Lagu keroncong untuk siapa untuk aku la. Apabila itu terjadi aku mula memikirkan Masalah yang lain, Aku terbayangkan Zaman-zaman Hang Tuah dan Zaman Portugis di Tanah Melayu dulu.
Akibat Dari itu, aku terus buntu dan buntu dan terus kebuntuan. Jadi aku mula membuat perangai dengan mengambil gambar sendirian dan berperangai seperti Gegurl yang kesunyian muah muah..
Aku dah Make up Picture ni kasi lebih menawan, hasilnya aku seakan-akan rosyam nor. |
Jadi apa yang aku cuba terangkan adalah, kita sebagai manusia harus la merenung sejauh-jauhnya dan menetapkan sesuatu matlamat dalam hidup kita, bagi mengelakkan kesesatan yang terlampau, Jika kita sedih kerana kerap kali dilanda dugaan, cuba la untuk merenung kembali mengapa kita di beri dugaan, Dugaan itu penting buat kita bagi memperingatkan tentang kebaikan dan kesilapan kita.
16 comments:
pakpis, bukan aaron aziz erk??? rosyam nor plak???
saya memang suka termenung.. sebab pk bila nak abis belajar.. nanti dah habis belajar keja ke tak.. mmm.. macam2 lagi la... termenung tu memang perlu.. tapi jika over bleh bikin gilakan??? ahhaahha...
renung2kanlah hidup kita untuk lebih bagus di masa depan..:)
termenung jgk apabila pikir nasib..smpai tak dpt jawapan
Samolah kito den termenung time kul 7.. bilolah nak Berbuko neyh hehe
sudah tukar ke pak pis? dah xnk jd aaron? skrg nak jd rosyam? hehehehe jgn termenung sgt pakpis... TINDAKAN tu yg penting... Termenung tanpa tindakan adalah sia-sia.. :)
Termenung....jgn tak termenung pis!
Termenung tu satu permulaan kepada tindakan akan datang sebab setiap kali termenung kita akan memikirkan apa, bagaimana, bila, kenapa bla bla bla......
* Semoga dpt jalan penyelesaian!
gila la abg rosyam...nak sain..termenung sampai tembus dinding xpe..jangan tembak dinding sudah...kekeke...jangan termenung kosong. termenung yang berisi atau bermuhasabah tu baru ok...=)
dah nak 13 tahun tinggalkan aktiviti menung mengenang nasib...
Tukar pada muhasabah diri lak...hehehehehehheee.....
wah pak pis.. cun lah pic tu. kalah rosyam nor ^_^
sekarang bukan bermenung zamann bermenung.. kehkehkeh :D termenyanyi pulak.. wahh pak pis, lama betul tak pegi PD, baru sekali jejak kaki kat sana.. btw, termenung itu kadang kala perlu untuk muhasabah balik diri kita.. kehkehkeh :D masa bersendirian itu sangat lah berharga.. pak pis, kau nampak macam nasir bilal khan.. ok larikkkk
wajah tu... buat aku x keruan x tido malam ! haha. *termenung. hahaha
hahaah..pak pis jgn trus turn jdy gegurl dh lar..
termenung ni dh blh jdy hobi dah..
Pis..hahaha mmg x leh blah arr posing cam tu.hik hik tp still mcm Aaron ajis la..rosyam hero dah tua.
pis,
termenung tu baik jika untuk muhasabah diri dan mengenang dosa2 kita terhadap Allah.tp termenung juga ada bahayanya sbb syaitan akan selalu menggugat ketenteraman jiwa kita dengan mngadu domba mcm2 dlm hati smpai manusia akan duk pikir yg susah2 hati, mengeluh nasib malang dsb..
port dickson-last 2yr singgah bawak anak2.kebetulan ada insiden org lemas dibawak air.ngeri pulak tgk pasukan mcari x jumpa2 org tu
gugirl kesunyian yea...hheee
setiap kali kita berjaya menempuh dugaan denagn baik kita semakin mendekati tuhan....
haha, lawak pak pis,,siap ade port termenung ek?Salute lah, mesti rasa daman dan nyaman...
wahhh kalah rosyam nor lahh pak pis :)
sekali sekala termonung mgonangkan nasib apo salah nyerrr :)
selamat hari raya maaf zahir batin
Post a Comment