Assalamualaikum...
Apa Khabar Rakyat-rakyat yang rajin membaca??. Yee aku gelarkan anda rakyat yang rajin membaca, Aku cerita pasal Taik pun korang baca, itu suatu respon yang bagus bagi aku.
Hari ni aku gagal nak melawat kesemua rakan-rakan Blogger yang lain sebab aku ketandusan waktu. Ada urusan kerja di tengah-tengah malam buta ni. Ha??
Ada yang tak tau ada yang dah tau, aku ni seorang lepasan Pelajar Politeknik Port dickson, ambil bidang kejuruteraan elektrik, Malang tidak berbau, aku gagal dapat kerja. Jadi aku dari dulu maksudnya dari tahun 2006 sampai sekarang buat kerja letrik. Dapat la bayar tu bayar ni, beli rokok topup dan jumpa awek BSN.
Dulu aku giat menjadi salah seorang Kontrektor Wiring ni, tapi di sebabkan ada masalah Penipuan yang amat besar di kalangan pelanggan aku, jadi aku Stopkan aja. Aku hanya tunggu on call je dari pelanggan kecil aku. Maksudnya kalau rumah diorang ada masalah bekalan letrik aku kasi repair la. lagi-lagi kalau rumah makcik tu ada anak dara yang kerja bank, bukan main cepat la aku datang.
Manusia kat Malaysia ni ada 2 shift cara kehidupan diorang. Ada yang tidur masa malam sahaja dan ada yang tidur waktu siang sahaja. Aku sekrang ni dalam jadual tidur siang malam berjaga, Sebab time malam-malam buta ni banyak gila rumah ada Problem lampu tak menyala.
Bagi anda, itu adalah masalah yang paling tak best sebab anda akan meraba dan meraban sebab tak nampak apa-apa, anak-anak muda cukup gemarkan Masalah ini lagi-lagi didalam PUNGGUNG wayang, mereka akan mula memeriksa seluruh tubuh badan awek mereka untuk memastikan kesemua bahagian tubuh badan masih kekal melekat ditubuh badan awek mereka.mungkin mereka mengambil jurusan kedoktoran.
Tapi bagi aku itu adalah duit bagi aku, sebab bila aku baik pulihkannya korang akan keluarkan wang ringgit yang bersesuaian dengan masalah anda tu.
Bukan aku sahaja yang rasa seronok bila anda ada masalah, malahan kalau dinding rumah retak ke, atap rumah bocor ke itu juga menjadi punca rezeki bagi pakar tukang yang lain.
Apa yang aku nak bagitahu dekat sini, Dunia ini begitu seimbang, Betul tak? andai kat kat dunia ni semua orang tak duduk rumah, semua pakai kemah je, jadi usahawan benaan akan pupus ditelan kemah. Aku kasi lagi contoh, kalau semua orang pandai bersalin sendirian, jadi tak ado la doktor sakit Puan dan cik.
Nampak tak contoh yang aku bagi tu?? tak nampak kan? sebab apa korang tak nampak contoh-contoh yang aku bagi tu?? Sebab aku dah lambat nak pergi repair lampu rumah orang. k BYE BYE, nanti aku datang balik.
11 comments:
hahahaha... nampak2 pakpis.... kalau semua perempuan rajin masak.. maknanya kena tutup la restoren dan kedai makan.. jadi x perlu la semua org terror bab masak2.. heheheh..:)
nmpklah cnth yg pak pis bagi tuhh. :)
siap ketawa kacil lagi.hehe
HAHA yang part cinema tu tak ley blah.. :D btw pak pis, betul cakap kau, kita dicipta saling memerlukan, bukan dalam bab cintan cintun je dalam kehidupan seharian pon sama jugak.. :D
nie mesti nak cr calon wife keje bank nie agagagagagga
macam2 la pak pis nie...
kekeke. betul apa yang dikongsikan. semua saling berkait. saling memerlukan. teruskan kerja bro. asalkan rezeki kita halal, itu yang sepatutnya. :)
sistem rantaian...kita memerlukan servis orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup...malah orang lain juga memerlukan kita untuk menjana kehidupan yang lebih baik...begitulah adenyer....
-perlumemerluka?...:)
msty lar dunia ni seimbang..allah tu maha mengetahui dah..
ooo..nt mybe perlukan khidmat pak pis..huhu
pegi repair cepat..hepppp sempat lg main blog :P
lek ar bro. rezeki ada mana2. kalau kita bersyukur, mesti cukup punya la..=)
rezeki ada di mana2 kan Pis?so, berusahalah walau dimana dan pd bila2 ms..x mcm sesetengah org yg makan tido je bila x dapek keje yg dia idamkan
Post a Comment